Wednesday 23 May 2012

BITK 1


Saya nak kongsi skit contoh soalan yang akan ditanya dalam Peperiksaan BITK untuk Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan)...



Jawapan-jawapan tu hasil daripada perbincangan Ahli Kumpulan...

Kalau sesiapa tahu jawapan selain berikut, maklumkan pada saya…



1.Cik Aisya telah ditugaskan untuk menjadi ketua pengawas bagi peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) di Sekolah Menengah Kg. Dato’ Keramat, Kuala Lumpur di mana jarak dari tempat bertugas adalah sejauh 33 kilometer. Beliau dikehendaki berada di tempat bertugas dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang dan waktu rehat adalah di antara jam 1.00 petang hingga 2.00 petang di mana makanan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Apakah elaun 

A.           Elaun Lojing
B.           Elaun Makan
C.           Elaun Harian
D.           Tidak layak menuntut sebarang elaun

2.Pada 1 April 2008, Puan Mahani, Ketua Unit Gaji di Bahagian Pinjaman Perumahan  telah mengesan bayaran gaji seorang pegawainya yang akan bersara pada 31 Ogos 2008 telah terlebih dibayar sebanyak RM3,000.00.Setelah dimaklumkan, pegawai terbabit telah bersetuju membayar balik lebihan bayaran gajinya dengan memohon Pendahuluan Diri (Pegawai Awam).Berapakah jumlah kutipan bulanan yang perlu dibuat oleh Puan Mahani ke atas pegawai itu untuk dikreditkan balik ke akaun Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) tersebut?

A.           RM500.00
B.           RM600.00
C.           RM1,000.00
D.           RM3,000.00

3. Pemberian Bantuan Sara Hidup melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan Pegawai Perkhidmatan Awam. Antara berikut yang manakah kumpulan pegawai yang layak menerima bantuan elaun ini?

                  I.      Pegawai Kontrak
                II.      Pegawai Sambilan
               III.      Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
              IV.      Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional


A.           I, II dan IV sahaja
B.           I, III dan IV sahaja
C.           I dan IV sahaja
D.           II, III dan IV sahaja

4.Puan Faizah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang bertugas di Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan telah diarahkan menanggung kerja jawatan yang sama di Bahagian yang sama kerana Puan Rina telah diluluskan cuti tanpa gaji mulai 1 Ogos 2007 sehingga 30 November 2007.

Maklumat Tambahan:

Gaji permulaan bagi jawatan yang ditanggung kerja adalah pada tangga gaji PIT1 RM1,993.63
Gaji Puan Rina adalah pada tangga gaji P2T8 RM2,761.71
Gaji Puan Faizah adalah pada tangga gaji P2T5 RM2,473.68
Gaji permulaan bagi tangga gaji P2T1 RM2,089.64                             
                                                                                                                                 
Puan Rina telah kembali bertugas pada 1 Disember 2007.Berapakah jumlah Elaun Penanggungan Kerja yang layak diterima oleh Puan Faizah?
          
A.           RM1,993.63
B.           RM2,089.64
C.           RM2,473.68
D.           RM2,761.71

5.  Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999,Kerajaan telah memperkenalkan pengambilan Pekerja Khidmat Singkat(PKS). Di antara berikut, manakah kenyataan yang benar mengenai PKS ?

                  I.            Upah ikut jam (hourly rate )
                II.            Upah ikut kerja (piece rate )
               III.            Tempoh pengambilan dihadkan enam ( 6) bulan
              IV.            Pegawai Awam  seperti maksud Perintah Am Bab B

A.           I , II dan III sahaja
B.           I dan III sahaja
C.           II dan III sahaja
D.           I, II, III dan IV



Soalan 6 dan 7 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri Bagi Bulan Februari 2008

Encik Nazlie (PTD M41)
Gaji dan Elaun : RM3,452.60

Tarikh Waktu Tujuan /Tempat

Tarikh
Bertolak
Sampai
20.02.2008
12.00 tgh
02.30 ptg
Bertolak dari Ibu Pejabat Putrajaya ke Hotel Equatorial Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat dengan menaiki kenderaan sendiri.(380km)
22.02.2008
11.00 pg
2.00 ptg
Bertolak balik dari hotel ke Ibu Pejabat selepas tamat mesyuarat.
(380km)
                                                           
Nota:
Tol : RM 43.50 sehala
Sewa Hotel : RM 155.00 bersih
Dobi : RM 45.00
Kelas Tuntutan ; ‘A’


6. Di antara berikut, tuntutan atau elaun yang manakah layak dituntut oleh Encik Nazlie sepanjang menghadiri mesyuarat tersebut ?

                  I.            Bayaran Tol
                II.            Elaun Makan
               III.            Bayaran Dobi
              IV.            Bayaran Sewa Hotel

A.           I, II dan III sahaja
B.           I, II dan IV sahaja
C.           II, III dan IV sahaja
D.           I, II, III dan IV


7.Berapakah jumlah keseluruhan tuntutan Elaun Perjalanan dalam negeri   Encik Nazlie bagi bulan tersebut ?


A.           RM 912.00
B.           RM 930.00
C.           RM 988.00
D.           RM 1,006.00 

** Pengiraan seperti Comment Mas Mm dibawah


8. Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan pengurusan Pendahuluan Diri atau Pelbagai diuruskan dengan betul selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 8 Tahun 2004 ?

Tindakan mengutip balik atau potongan gaji dilaksanakan
Senarai pegawai yang masih belum membayar balik pendahuluan   disediakan
Menyediakan daftar pendahuluan diri atau pelbagai dikemaskini dengan lengkap
Senarai pendahuluan diri atau pelbagai yang belum menerima kelulusan disediakan

A.           I, II dan III sahaja
B.           I dan IV sahaja
C.           II dan III sahaja
D.           I ,II, III dan IV


9.  Berikut adalah kenyataan yang benar tentang tanggungjawab Pegawai Pengawal mengenai tunggakan Pendahuluan Diri kecuali :

A. Meluluskan hanya kepada pegawai-pegawai yang telah menyelesaikan kesemua tunggakan Pendahuluan Diri yang lama.
B.Boleh secara bertulis melantik seorang pegawai kanan untuk meluluskan permohonan Pendahuluan Diri.
C.Menghantar Penyata Ringkasan kedudukan Pendahuluan Diri yang diluluskan dan bayaran balik ke Perbendaharaan dengan salinan kepada Audit Negara dan Akauntan Negara setiap suku tahun.
D.Dapatkan kembali jumlah Pendahuluan Diri dalam masa yang ditetapkan
E.Mengenakan penalti 10% setahun sekiranya baki wang Pendahuluan Diri gagal dibayar dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tuntutan dibuat.




Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.





13 comments:

  1. Ala.. lau highligh jawapan terus kan bez.. hehehe..

    http://ruangannazira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. SOALAN 3,

    Jawapan nya A , (sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan 6/2007)
    BANTUAN SARA HIDUP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..saya dah tengok PP tu. ikut pekeliling tersebut jawapannyer sepatutnyer A.. thanks...

      Delete
  3. Watie Apull.. Thanks.. ambil BITK ker tahun ni? Good luck..

    ReplyDelete
  4. mohon pencerahan bagi soalan 7, coz jawapan kitorang dpt RM 1006...

    kiraan :
    Elaun Perbatuan = 500 km pertama = RM 0.70 X 500 = RM 350.00
    baki 260km = RM 0.65 X 260 =RM 169.00

    Tol = RM 43.50 X 2 = RM 87.00
    Hotel = RM 155 X 2 = RM 310.00
    Elaun Makan = RM 45 X 2 = RM 90.00

    Jumlah = RM 1006

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mas Mm, saya dah forwardkan soalan ni ker unit gaji ofis saya... minta mereka confirmkan.. coz jawapan tu saya minta bantuan mereka.

      Delete
    2. betul tu.. sy pown buat pengiraan utk ni dpt jwpan yg sama dgn Mas Mm..

      Delete
    3. Mas Mm dan Watie Apull, Betul... saya dah betulkan.. unit gaji dah tolong kirakan balik tadi, sebelum ni mereka tak perasan tentang dobi sepatutnya tidak layak kerana tidak cukup 3 malam. Terima kasih kerana memberikan komen dan pembetulan..

      Delete
  5. betul tu.. wish me luck k.. ni thun pertama, sbb 2 tahun lepas sy x bepeluang utk apply exam ni.. ade hal.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... yang penting tahun ni dapat.. dah tau paternt soalannyer kan.. semua objective.. tapi jawapan dia agak mengelirukan.. baca semua jawapan dulu tau.. Wish you luck..

      Delete
    2. anyway thnk sbb buka page mcm ni.. ssh jgk nk cari contoh soklan2 bitk dlm tenet skrg..
      tqvm sbb bkongsi yer.. smoga byk lg benda utk kita kongsi..

      Delete
  6. Info bermanfaat...terima kasih, untuk calon exam pen akauntan w27 april 2014 boleh cuba panduan yang disediakan oleh Tim Infokerjya Panduan Peperiksaan Pen Akauntan semoga perkongsian bermanfaat..

    ReplyDelete
  7. thx info. semoga allah permudahkan urusan kita semua ... saya failed taun lepas. so taun ni 2nd time nk amek bitk. 4 jun plak exam kt matrik arau.

    ReplyDelete