Saya nak kongsi skit
contoh soalan yang akan ditanya dalam Peperiksaan BITK untuk Pembantu Akauntan
dan Pembantu Tadbir (Kewangan)...
Jawapan-jawapan tu hasil
daripada perbincangan Ahli Kumpulan...
Kalau sesiapa tahu
jawapan selain berikut, maklumkan pada saya…
1.Cik
Aisya telah ditugaskan untuk menjadi ketua pengawas bagi peperiksaan Bayaran
Insentif Tugas Kewangan (BITK) di Sekolah Menengah Kg. Dato’ Keramat, Kuala
Lumpur di mana jarak dari tempat bertugas adalah sejauh 33 kilometer. Beliau
dikehendaki berada di tempat bertugas dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang
dan waktu rehat adalah di antara jam 1.00 petang hingga 2.00 petang di mana
makanan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Apakah elaun
A. Elaun
Lojing
B. Elaun
Makan
C. Elaun
Harian
D. Tidak
layak menuntut sebarang elaun
2.Pada
1 April 2008, Puan Mahani, Ketua Unit Gaji di Bahagian Pinjaman
Perumahan telah mengesan bayaran gaji seorang pegawainya yang akan
bersara pada 31 Ogos 2008 telah terlebih dibayar sebanyak RM3,000.00.Setelah
dimaklumkan, pegawai terbabit telah bersetuju membayar balik lebihan bayaran
gajinya dengan memohon Pendahuluan Diri (Pegawai Awam).Berapakah jumlah kutipan
bulanan yang perlu dibuat oleh Puan Mahani ke atas pegawai itu untuk
dikreditkan balik ke akaun Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) tersebut?
A. RM500.00
B. RM600.00
C. RM1,000.00
D. RM3,000.00
3. Pemberian
Bantuan Sara Hidup melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007 adalah
bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan Pegawai Perkhidmatan
Awam. Antara berikut yang manakah kumpulan pegawai yang layak menerima bantuan
elaun ini?
I. Pegawai
Kontrak
II. Pegawai
Sambilan
III. Pegawai
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
IV. Pegawai
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
A. I,
II dan IV sahaja
B. I,
III dan IV sahaja
C. I
dan IV sahaja
D. II,
III dan IV sahaja
4.Puan
Faizah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang bertugas di Bahagian
Belanjawan, Kementerian Kewangan telah diarahkan menanggung kerja jawatan yang
sama di Bahagian yang sama kerana Puan Rina telah diluluskan cuti tanpa gaji
mulai 1 Ogos 2007 sehingga 30 November 2007.
Maklumat Tambahan:
Gaji permulaan bagi
jawatan yang ditanggung kerja adalah pada tangga gaji PIT1 RM1,993.63
Gaji Puan Rina adalah
pada tangga gaji P2T8 RM2,761.71
Gaji Puan Faizah adalah
pada tangga gaji P2T5 RM2,473.68
Gaji permulaan bagi
tangga gaji P2T1
RM2,089.64
Puan Rina telah kembali
bertugas pada 1 Disember 2007.Berapakah jumlah Elaun Penanggungan Kerja yang
layak diterima oleh Puan Faizah?
A. RM1,993.63
B. RM2,089.64
C. RM2,473.68
D. RM2,761.71
5. Berdasarkan
kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999,Kerajaan telah
memperkenalkan pengambilan Pekerja Khidmat Singkat(PKS). Di antara berikut,
manakah kenyataan yang benar mengenai PKS ?
I. Upah
ikut jam (hourly rate )
II. Upah
ikut kerja (piece rate )
III. Tempoh
pengambilan dihadkan enam ( 6) bulan
IV. Pegawai
Awam seperti maksud Perintah Am Bab B
A.
I , II dan III sahaja
B.
I dan III sahaja
C.
II dan III sahaja
D.
I, II, III dan IV
Soalan 6 dan 7 adalah
berdasarkan maklumat di bawah:
Kenyataan Tuntutan Elaun
Perjalanan Dalam Negeri Bagi Bulan Februari 2008
Encik Nazlie (PTD M41)
Gaji dan Elaun :
RM3,452.60
Tarikh Waktu Tujuan
/Tempat
Tarikh
|
Bertolak
|
Sampai
|
|
20.02.2008
|
12.00 tgh
|
02.30 ptg
|
Bertolak dari Ibu Pejabat
Putrajaya ke Hotel Equatorial Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat dengan
menaiki kenderaan sendiri.(380km)
|
22.02.2008
|
11.00 pg
|
2.00 ptg
|
Bertolak balik dari hotel ke Ibu
Pejabat selepas tamat mesyuarat.
(380km)
|
Nota:
Tol : RM 43.50 sehala
Sewa Hotel : RM 155.00
bersih
Dobi : RM 45.00
Kelas Tuntutan ; ‘A’
6. Di
antara berikut, tuntutan atau elaun yang manakah layak dituntut oleh Encik
Nazlie sepanjang menghadiri mesyuarat tersebut ?
I. Bayaran
Tol
II. Elaun
Makan
III. Bayaran
Dobi
IV. Bayaran
Sewa Hotel
A. I,
II dan III sahaja
B. I,
II dan IV sahaja
C. II,
III dan IV sahaja
D. I,
II, III dan IV
7.Berapakah
jumlah keseluruhan tuntutan Elaun Perjalanan dalam
negeri Encik Nazlie bagi bulan tersebut ?
A. RM
912.00
B. RM
930.00
C. RM
988.00
D. RM
1,006.00
** Pengiraan seperti Comment Mas Mm dibawah
8. Apakah
tindakan yang perlu diambil bagi memastikan pengurusan Pendahuluan Diri atau
Pelbagai diuruskan dengan betul selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 8 Tahun 2004 ?
Tindakan mengutip balik
atau potongan gaji dilaksanakan
Senarai pegawai yang
masih belum membayar balik pendahuluan disediakan
Menyediakan daftar
pendahuluan diri atau pelbagai dikemaskini dengan lengkap
Senarai pendahuluan diri
atau pelbagai yang belum menerima kelulusan disediakan
A. I,
II dan III sahaja
B. I
dan IV sahaja
C. II
dan III sahaja
D. I
,II, III dan IV
9. Berikut
adalah kenyataan yang benar tentang tanggungjawab Pegawai Pengawal mengenai
tunggakan Pendahuluan Diri kecuali :
A. Meluluskan
hanya kepada pegawai-pegawai yang telah menyelesaikan kesemua tunggakan
Pendahuluan Diri yang lama.
B.Boleh
secara bertulis melantik seorang pegawai kanan untuk meluluskan permohonan
Pendahuluan Diri.
C.Menghantar
Penyata Ringkasan kedudukan Pendahuluan Diri yang diluluskan dan bayaran balik
ke Perbendaharaan dengan salinan kepada Audit Negara dan Akauntan Negara setiap
suku tahun.
D.Dapatkan
kembali jumlah Pendahuluan Diri dalam masa yang ditetapkan
E.Mengenakan
penalti 10% setahun sekiranya baki wang Pendahuluan Diri gagal dibayar dalam
tempoh 1 bulan selepas tarikh tuntutan dibuat.
Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan
antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan
yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan
kualiti semua pembantu akauntan.
Ala.. lau highligh jawapan terus kan bez.. hehehe..
ReplyDeletehttp://ruangannazira.blogspot.com/
SOALAN 3,
ReplyDeleteJawapan nya A , (sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan 6/2007)
BANTUAN SARA HIDUP.
Yup..saya dah tengok PP tu. ikut pekeliling tersebut jawapannyer sepatutnyer A.. thanks...
DeleteWatie Apull.. Thanks.. ambil BITK ker tahun ni? Good luck..
ReplyDeletemohon pencerahan bagi soalan 7, coz jawapan kitorang dpt RM 1006...
ReplyDeletekiraan :
Elaun Perbatuan = 500 km pertama = RM 0.70 X 500 = RM 350.00
baki 260km = RM 0.65 X 260 =RM 169.00
Tol = RM 43.50 X 2 = RM 87.00
Hotel = RM 155 X 2 = RM 310.00
Elaun Makan = RM 45 X 2 = RM 90.00
Jumlah = RM 1006
Thanks Mas Mm, saya dah forwardkan soalan ni ker unit gaji ofis saya... minta mereka confirmkan.. coz jawapan tu saya minta bantuan mereka.
Deletebetul tu.. sy pown buat pengiraan utk ni dpt jwpan yg sama dgn Mas Mm..
DeleteMas Mm dan Watie Apull, Betul... saya dah betulkan.. unit gaji dah tolong kirakan balik tadi, sebelum ni mereka tak perasan tentang dobi sepatutnya tidak layak kerana tidak cukup 3 malam. Terima kasih kerana memberikan komen dan pembetulan..
Deletebetul tu.. wish me luck k.. ni thun pertama, sbb 2 tahun lepas sy x bepeluang utk apply exam ni.. ade hal.. hehee
ReplyDeletetakpe... yang penting tahun ni dapat.. dah tau paternt soalannyer kan.. semua objective.. tapi jawapan dia agak mengelirukan.. baca semua jawapan dulu tau.. Wish you luck..
Deleteanyway thnk sbb buka page mcm ni.. ssh jgk nk cari contoh soklan2 bitk dlm tenet skrg..
Deletetqvm sbb bkongsi yer.. smoga byk lg benda utk kita kongsi..
Info bermanfaat...terima kasih, untuk calon exam pen akauntan w27 april 2014 boleh cuba panduan yang disediakan oleh Tim Infokerjya Panduan Peperiksaan Pen Akauntan semoga perkongsian bermanfaat..
ReplyDeletethx info. semoga allah permudahkan urusan kita semua ... saya failed taun lepas. so taun ni 2nd time nk amek bitk. 4 jun plak exam kt matrik arau.
ReplyDelete