1. Puan
Zaitun seorang pengawai tetap telah menanggung kerja salah seorang pengawai di
pejabatnya bagi tempoh 15 Januari , 2005 hingga 31 Mac 2005. Walau
bagaimanapun, beliau telah mnerima ealun menanggung kerja bagi tempoh sehingga
30 Oktober 2005. Puan Zaitun telah membayar amaun terlebih bayar pada 3 Januari
2006. Amaun ini hendaklah dikreditkan ke:
A. Akaun
Amanah Disatukan
B. Hasil
Terimaan Pelbagai
C. Vot
perbelanjaan yang berkenaan
D. Akaun
Kumpulan Wang Pendahuluan Diri
2. Puan
Fatimah, Penolong Akauntan W27 di Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya telah
ditawarkan berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN), Bukit Kiara
mulai 6 Febuari 2006 hingga 10 Febuari 2006. Beliau menetap di Subang Jaya.
Berikut adalah maklumat tambahan yang berkaitan:
Jarak
dari Putrajaya ke
INTAN
: 45km sehala
Tol
: RM3.60 pergi dan
balik
Jarak
dari Subang Jaya ke INTAN
: 26 km sehala
Tol
: RM5.20 pergi dan
balik
Kelayakan
tuntutan- Kelas
B
: RM0.60 satu km
Berapakah
elaun perjalanan kenderaan yang layak beliau tuntut bagi menghadiri kursus
tersebut?
A. RM
36.40 (jika Pn. Fatimah bermalam di tempat yang INTAN sediakan)
B. RM
57.60
C. RM
182.00 (jika Pn. Fatimah berulang-alik selama 5 hari tersebut)
D. RM
288.00
** soalan ini tidak pasti samaada Pn Fatimah bermalam atau berulang alik selama 5 hari tersebut.
** soalan ini tidak pasti samaada Pn Fatimah bermalam atau berulang alik selama 5 hari tersebut.
3. Tafsiran
“Ibu Pejabat” ialah tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas
dan lingkungan jarak pentadbirannya jika boleh dihubungi oleh jalanraya ialah :
A. 23
km
B. 25
km
C. 27
km
D. 33
km
4. Seorang
kakitangan kerajaan yang berasal dari Miri, Sarawak dan bertugas di Kucing,
Sarawak telah diberi kelulusan untuk cuti bergaji penuh bagi melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak. Elaun-elaun emolument yang
layak diterimanya semasa cuti belajar adalah :
I. Bayaran
Insentig Wilayah
II. Elaun
Perumahan Wilayah
III. Imbuhan
Tetap Perumahan
IV. Imbuhan
Tetap Khidmat Awam
A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D
III dan IV sahaja
Soalan
5 dan 6 adalah berdasarkan kes di bawah:
Cik
Mariam ialah seorang Penolong Akauntan Gred W27 di Jabatan Pemegang Harta
dan waktu bekerja beliau adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pada 25 April, 2007 (Rabu) beliau diarahkan untuk membuat kerja lebih masa bagi
membantu Pengarah menyelesaikan kertas kerja untuk dibentang dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun. Beliau telah bekerja sehingga
jam 12.00 tengah malam. Kadar kelayakan elaun lebih masa Cik Mariam ialah
sebanyak RM7.67 jam. Kadar gandaan elaun lebih masa adalah seperti
berikut :
Hari
Bekerja Biasa
Kerja Siang
1 1/8
Kerja
Malam
1 ¼
5. Tuntutan
lebih masa yang layak dituntut oleh Cik Mariam ialah :
A. 1
jam siang dan 6 jam malam
B. 3
jam siang dan 4 jam malam
C. 5
jam siang dan 2 jam malam
D. 7
jam siang
6. Elaun
lebih masa yang layak diterima oleh Cik Mariam ialah :
A. RM60.40
B. RM62.32
C. RM64.24
D. RM66.15
Soalan
7 dan 8 adalah berdasarkan kes dibawah :
Encik
Ali, Akauntan Gred W41 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya telah
diarahkan untuk memberi bantuan kepada Bendahari Negeri Kedah di Alor Setar
dalam pelaksanaan Sistem SPEKS pada 8 – 9 Mac 2007. Beliau telah bertolak
dari pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kenderaan sendiri pada 7 Mac 2007
jam 3.00 petang dan smapai di Alor Setar pada jam 8.30 malam. Beliau
bertolak balik ke Putrajaya pada 9 Mac 2007 jam 5.30 petang dan sampai ke rumah
pada jam 11.30 malam. Semasa di Kedah, beliau telah menginap di rumah
kakaknya di Alor Setar. Berikut adalah maklumat tambahan mengenai Encik
Ali.
Gaji
RM2,482.58
Elaun
Lojing
RM55.00
Elaun
Makan
RM45.00
Tambang
kapal terbang
RM418.00 (pergi/balik)
Jarak
putrajaya – Alor
Setar
420km
7. Apakah
elaun yang layak dituntut oleh En. Ali sepanjang tempoh bertugas rasmi beliau ?
I
Elaun lojing
II
Elaun makan
III
Elaun harian
IV
Tambang gentian kapal terbang
A. I
dan IV sahaja
B. I,
II dan III sahaja
C. I,
II dan IV sahaja
D. I,
II, III dan IV
8. Berapakah
jumlah tuntutan yang layak dituntut oleh beliau ?
A. RM528.00
B. RM222.50
C. RM618.00
D. RM640.50
9. Pernyataan
yang manakah adalah tidak benar mengenai prinsip dan
peratutan penanggungan kerja.
A. Penanggungan
kerja adalah dibenarkan bagi sesuatu jawatan yang tugasnya dijalankan secara
giliran(syif)
B. Seorang
pegawai yang sedang memangku sesuatu jawatan boleh diperakukan untuk
penanggungan kerja satu jawatan yang lain
C. Penanggungan
kerja jawatan yang berada di lokasi yang jaraknya melebihi 25 km dari pejabat
tempat bertugas adalah tidak dibenarkan
D. Jawatan
yang ditanggung kerja boleh diperakukan bagi jawatan yang lebih rendah tarafnya
daripada taraf hakiki jawatan pegawai yang diperakukan
10. Berikut
adalah sebahagian jenis-jenis elaun dan kemudahan yang diterima oleh penjawat
awam :
I. Elaun
lojing
II. Bayaran
pakaian istiadat
III. Tambang
penempatan lantikan pertama
IV. Elaun
makan semasa menjalankan tugas rasmi
Elaun
dan kemudahan yang manakah merupakan jenis bayaran gantian (reimburse) yang
diterima oleh penjawat awam ?
A. I
dan II sahaja
B. I,
II, dan IV sahaja
C. II
dan III sahaja
D. I,
II, III dan IV
Nota:
Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat
kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan
kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.