Monday 22 October 2012

BITK 3


Siri Ke-tiga Soalan Bitk yang hendak dikongsikan bersama rakan-rakan…


Selamat Mencuba…


1.    Ahmad Hashim B.Ismail telah dilantik sebagai anggota sambilan di Jabatan Tenaga RakyatCawangan Johor pada 1 Januari 2002.Pada bulan Febuari 2002 beliau telah diarahkan menjalankan kerja lebih masa. Formula pengiraan untuk mendapatkan kadar bayaran sejam yang perlu digunakan oleh Ahmad Hisham B. Ismail ialah:

A.   Gaji Harian x 27 Hari Bekerja x 12 bulan
313 Hari Bekerja x 8 Jam
B.   Gaji Harian x 25 Hari Bekerja x 12 Bulan
313 Hari Bekerja x 8 Jam
C.   Gaji Harian x Jumlah Hari Bekerja x 12 Bulan
313 Hari Bekerja x 8 Jam
D.   Gaji Harian x 30Hari Bekerja x 12 Bulan
313 Hari Bekerja x 8 Jam
E.   Gaji Harian x Jumlah Hari Dalam Sebulan x 12 Bulan
313 Hari Bekerja x 8 Jam

2.    Sabariah Bt Mansur telah diarahkan untuk menanggung kerja Pembantu Tadbir (Pentadbiran / Operasi ) N17 yang telah bersara wajib mulai 1 Disember 2001 dan layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja. Pada 25 Disember 2001, Sabariah Bt Mansur telah menjalankan kerja lebih masa selama 6 jam. Berapakah jumlah masa yang layak dituntut?

A.        6 jam
B.        5 ½ jam
C.        5 jam
D.        4 ½ jam
E.        4 jam

Soalan 3 dan 4 merujuk kepada maklumat-maklumat berikut:

Shawal Bin Muharam telah dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W8 pada 14 Mac 2002. Berikut adalah maklumat kelayakan beliau:

            Gaji (P1T1)                                  RM 642.51
            Imbuhan Tetap Perumahan          RM 135.00
            Imbuhan Tetap Khidmat Awam    RM 80.00

3.    Kirakan jumlah emolumen kasar yang layak diterima oleh shawal Bin Muharam untuk bulan Mac 2002.

A         RM 452.91
B         RM 497.91
C         RM 557.91
D         RM 779.51
E         RM 857.51

4.    Kirakan jumlah Bayaran Insentif Tugas Kewangan yang layak diterima oleh Syawal Bin Muharam bagi bulan Mac 2002,  setelah beliau disahkan layak dibayar oleh Ketua Jabatannya.

A.           RM20.00
B.           RM40.00                                                                                           
C.           RM 22.50
D.           RM 23.23
E.           RM 80.00

5.    Elaun Penanggungan Kerja boleh dibayar kerana menjalankan tugas-tugas berikut:

     I.        Menjalankan kerja lawatan yang lebih tinggi daripada peringkat jawatan hakikinya di samping menjalankan tugas-tugas sendiri.
   II.        Menjalankan kerja jawatan yang lebih rendah daripada jawatan hakikinya disamping menjalankan tugas-tugas sendiri dengan syarat jawatan rendah itu tidak bertanggungjawab kepada jawatan hakikinya itu.
  III.        Menjalankan kerja jawatan yang sama dengan peringkat jawatan hakikinya disamping menjalankan tugas-tugasnya sendiri.
 IV.        Menjalankan kerja jawatan yang lebih rendah daripada peringkat jawatan hakikinya disamping menjalankan tugas-tugasnya sendiri yang mana jawatan rendah itu bertanggungjawab kepada jawatan hakikinya itu.
           
A.   1 dan III
B.   I , II dan III
C.   I, III dan IV
D.   II dan IV
E.   Semua diatas


6.    Apakah jenis-jenis elaun yang tidak boleh diambilkira bagi tujuan pengiraan amaun Pendahuluan Diri?
           
            I           Elaun Perjalanan Kenderaan
            II          Elaun Harian
            III         Elaun Lojing
            IV        Tambang Pengangkutan Awam
            V         Tuntutan Pelbagai

            A         I sahaja
            B         I dan II
            C         I, II dan III
            D         I, II, III dan IV
            E         Semua di atas

7.    Penolong Akauntan Gred W27 memangku jawatan Penolong Akauntan Gred W32 di Bahagian Kewangan, Jabatan Pemegang Harta Malaysia,Putrajaya mulai 1 Januari 2003 . Pada 1 Mac 2003 hingga 31 Mac 2003 beliau telah menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan Di INTAN , Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh tersebut tugas-tugas beliau telah ditanggung oleh Encik Ali B. Abdullah,Pembantu Tadbir (Kew) Gred W22 serta dibayar elaun tanggungan kerja.Berikut adalah maklumat-maklumat berhubung dengan gaji bagi Jawatan Penolong Akauntan Gred W27 dan Gred W32:

            I           Gaji pokok Encik Ahmad Bin Yusof
                        Gred W27,(P3T18)  :       RM2,068.37
            II          Gaji Gred W27, (P1T1)   :      RM 967.27
            III         Gaji Gred W32(P1T1)  ;       RM1,932.85


A.                  ¼ x RM2,068.37
B.                  ¼ x RM967.27
C.                  ¼ x RM 1,932.85
D.                  1/5 x RM 2,068.37
E.                  1/5 x RM 1,932.85


8.    Takrif Kerja Siang bagi pembayaran elaun lebih masa ialah sebarang giliran bertugas tambahan yang dibuat di antara jam…………………….

A.   8.00 pagi – 4.15 petang
B.   7.30 pagi – 4.00 petang
C.   6.00 pagi – 10.00 malam
D.   8.15 pagi – 4.45 petang
E.   4.45 petang – 12.00 malam  

9.    Penanggungan kerja bermaksud seseorang pegawai diberi kelulusan untuk menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab satu jawapan lain di samping menjalankan tugas-tugas jawatannya sendiri.Kenyataan berikut adalah benar mengenai Elaun Tanggung Kerja (ETK) kecuali:

A.   ETK akan dibayar setelah menanggung kerja selama 28 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab kecemasan dan cuti sakit secara terkumpul tidak melebihi enam (6) hari.

B.   ETK tidak akan dibayar sekiranya pegawai tersebut mengambil cuti atau meninggalkan jawatan yang ditanggungnya selama 14 hari berturut-turut.

C.   ETK bagi kali kedua oleh pegawai di dalam jawatan yang sama boleh dibayar setelah menanggung kerja selama 14 hari berturut-turut.

D.   ETK jawatan yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang oleh pegawai layak dibayar jika kedua-dua jawatan tersebut mempunyai hubungan taraf tinggi rendah.

E.   Seseorang pegawai tidak dibenarkan menanggung kerja lebih daripada satu jawatan pada masa yang sama.


10. Kementerian Kewangan telah meluluskan kenaikan kadar baru Elaun Pakaian Panas bagi tujuan bertugas rasmi dan kursus di luar negeri daripada:

A.   RM600.00 kepada RM 1,500.00
B.   RM 800.00 kepada RM 1,200.00
C.   RM 500.00 kepada RM 1,000.00
D.   RM 700.00 kepada RM 1,100.00
E.   RM 900.00 kepada RM 1,600.00


Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.

    

No comments:

Post a Comment