Tuesday 23 October 2012

Konsep Perakaunan


Anda perlu memahami 10 Konsep Perakaunan bagi menjawab setiap soalan No.1 Syeksen A (Soalan Wajib = 10 Markah)


3T2PECKWM

1)   Tekal- Mesti menggunakan kaedah yang konsisten
2)   Tempoh- Perkaunan dibuat dalam satu tempoh masa
3)   Terusan- Perakaunan mengandaikan perniagaan berterusan
4)   Padan- Belanja atau hasil hanya diambil kira bagi satu tempoh perakaunan
5)   Pruden-berhati-hati agar tidak terlebih aset @ terkurang liabiliti
6)   Entiti Berasingan-Pernigaan dan pemilik adalah entiti berasingan
7)   Catatan Bergu-satu transaksi mesti direkod dalam bentuk debit dan kredit
8)   Kos Sejarah-kos sebenar atau kos semasa belian dibuat
9)   Wang Sebagai Ukuran-hanya melibatkan urusniaga yang boleh diukur dengan wang
10)Materialiti-Suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butiran tersebut memberikan kesan terhadap penyata kewangan.

Contoh Soalan:

2010 - Soalan 1 (wajib dijawab)
Konsep perkaunan sangat penting dalam pengakaunan dan penyediaan penyata kewangan. Sila huraikan konsep perakaunan berikut dan berikan satu contoh setiap satu:
a)   Kos Sejarah
b)   Pruden
c)   Ketekalan
d)   Kepadanan.
e)   Entiti Berasingan


Cadangan Jawapan:
a)   Kos Sejarah adalah konsep dimana perakaunan mengambil nilai yang hendak direkod dalam buku perakaunan pada harga sebenar iaitu harga pada masa dibeli/dijual dan tertulis pada bukti urusniaga.
Contoh - Harga Kenderaan pada masa dibeli Adalah RM30,000.00 tetapi selepas seminggu, harga kenderaan tersebut telah meningkat kepada RM40,000.00 di pasaran. Namun Kenderaan tersebut direkod RM30,000.00 di bawah Aset bukan semasa.

b)   Pruden adalah konsep dimana perakaunan mengambil langkah berhati-hati supaya aset tidak terlebih rekod, atau liabiliti tidak terkurang rekod.
Contoh – Hutang Lapuk diambil kira dan direkod agar Jumlah penghutang yang direkod dalam Aset semasa tidak terlebih.

c)   Ketekalan adalah konsep dimana perkaunan sesebuah perniagaan mesti menggunakan suatu konsep/kaedah yang sama atau konsisten
Contoh -  Perakaunan memilih kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai bagi Aset tetap.

d)   Kepadanan adalah konsep perakaunan yang mengambil kira belanja atau hasil dalam satu tempoh masa perakaunan bagi mengira keuntungan. Hasil/belanja yang perlu diterima/dibayar dalam tempoh itu akan diambil kira walaupun belum diterima/dibayar dan sebaliknya hasil/belanja yang tidak sepatutnya diterima/dibayar dalam tempoh itu tidak diambil kira walaupun telah diterima/dibayar.
Contoh – Bayaran Bil utiliti yang tertunggak perlu ditambah dalam belanja utiliti.

e)   Entiti Berasingan adalah dimana perakauanan menganggap pemilik dan perniagaan adalah pihak yang berbeza. Sebarang transaksi antara entiti ini mesti direkod.
Contoh – Pemilik mengambil barang jualan direkod sebagai ambilan dan ditolak daripada Ekuiti Pemilik.

2009 - Soalan 1 (wajib dijawab)
Huraikan lima konsep perakaunan berikut:
a)   Ketekalan
b)   Berterusan
c)   Kos sejarah
d)   Pemadanan
e)   Entiti Berasingan

Cadangan jawapan:
a)   Ketekalan adalah konsep dimana perkaunan sesebuah perniagaan mesti menggunakan suatu konsep/kaedah yang sama atau konsisten
Contoh -  Perakaunan memilih kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai bagi Aset tetap.

b)   Berterusan adalah konsep dimana perakaunan menganggap perniagaan akan terus beroperasi.
Contoh – jika jangka hayat Bangunan yang dibeli oleh perniagaan selama 50 tahun maka susut nilai bangunan tersebut akan dikira bagi tempoh 50 tahun walaupun pemilik bercadang untuk membubar peniagaan selepas 30 tahun.

c)   Kos Sejarah adalah konsep dimana perakaunan mengambil nilai yang hendak direkod dalam buku perakauanan pada harga sebenar iaitu harga pada masa dibeli/dijual dan tertulis pada bukti urusniaga.
Contoh - Harga Kenderaan pada masa dibeli Adalah RM30,000.00 tetapi selepas seminggu, harga kenderaan tersebut telah meningkat kepada RM40,000.00 di pasaran. Namun Kenderaan tersebut direkod RM30,000.00 di bawah Aset bukan semasa

d)   Pemadanan adalah konsep perakaunan yang mengambil kira belanja atau hasil dalam satu tempoh masa perakaunan bagi mengira keuntungan. Hasil/belanja yang perlu diterima/dibayar dalam tempoh itu akan diambil kira walaupun belum diterima/dibayar dan sebaliknya hasil/belanja yang tidak sepatutnya diterima/dibayar dalam tempoh itu tidak diambil kira walaupun telah diterima/dibayar.
Contoh – Bayaran Bil utiliti yang tertunggak perlu ditambah dalam belanja utiliti.

e)   Entiti Berasingan adalah dimana perakauanan menganggap pemilik dan perniagaan adalah pihak yang berbeza. Sebarang transaksi antara entiti ini mesti direkod.
Contoh – Pemilik mengambil barang jualan direkod sebagai ambilan dan ditolak daripada Ekuiti Pemilik.




1 comment: