Tuesday 30 October 2012

BITK 4


Soalan 1 dan 2 adalah berkaitan dengan keterangan berikut:

Encik Rasheed Merican adalah seorang Juru Analisa Sistem Gred F48(Kontrak). Berikut adalah maklumat berdasarkan Penyata Gaji beliau:

Pendapatan
RM
A. Gaji Kakitangan Awam
3,814.79
B. Imbuhan Tetap Keraian
550.00
C. Imbuhan Tetap Perumahan
700.00
Potongan
RM
i. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
498.00
ii.Pinjaman Kenderaan
626.16
iii.Cukai Pendapatan
34.00
iv. Angkasa
110.00
v. Lembaga Tabung Haji
200.00
vi.Bayaran Nafkah atas Mahkamah
600.00
           
1.       Sila susunkan jenis-jenis potongan gaji Encik Rasheed Merican mengikut keutamaan tertinggi hingga terendah.

            A         I, II, III, IV, V dan VI
            B         I, II, VI, III, IV dan V
            C         I, III, II, VI, V dan VI
            D         I, III, II, VI, V dan IV
            E         I, VI, II, III, V dan VI

2.       Berapakah jumlah pendapatan Encik Rasheed Merican?

            A         RM2,071.16
            B         RM2,696.63
            C         RM3,814.79
            D         RM4,224.79
            E         RM5,064.79


Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan kes di bawah.

Encik Mohamad Mahlil B. Ahmad, Pegawai Tadbir Diplomatik (M41) di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP) JPM telah diarahkan untuk menghadiri Mesyuarat Projek Pembangunan dan Lawatan Tapak di Kubang Pasu Kedah pada 8-9 April 2003.Beliau telah bertolak dari pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kenderaan sendiri pada 7 April 2003 jam 3.30 petang dan sampai ke Kubang Pasu pada jam 9.00 malam. Beliau bertolak balik ke Putrajaya pada 9 April 2003 jam 5.00 petang dan sampai ke rumah pada jam 11.00 malam.Sepanjang tempoh beliau di Kedah beliau telah menginap di rumah kakaknya di Kubang Pasu. Berikut adalah maklumat tambahan mengenai Encik Mohamad Mahlil B. Ahmad:

            Gaji                                                   ;           RM2,649.10
            Elaun Lojing                                     :           RM42.00
            Elaun Makan                                   :           RM 40.00
            Tambang K/Terbang                       :           RM344.00.
            (pergi dan balik)
            Jarak Putrajaya- Kubang Pasu      :           500km

3        Apakah elaun yang layak dituntut oleh Encik Mohamad Mahil Bin Ahmad sepanjang tempoh bertugas rasmi beliau?

            I           Elaun Makan
            II          Elaun Harian
            III         Elaun Lojing
            IV        Bayaran sewa hotel
            V         Tambang Gantian Kapalterbang

            A         I, II, dan III sahaja
            B         I, II, III dan V sahaja
            C         I, II dan IV sahaja
            D         I dan III sahaja
            E         I, III dan V sahaja

4        Berapakah jumlah tuntutan yang layak dituntut oleh beliau?
           
            A         RM426.00
            B         RM446.00
            C         RM508.00
            D         RM528.00
            E         RM548.00


Soalan 5 dan 6 adalah berdasarkan kes di bawah:

Cik Mariam Bt. Ayob ialah seorang Penolong Akauntan (W27) di Jabatan Pemegang Harta dan waktu bekerja beliau adalah dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Pada 15 April 2003(Selasa) beliau diarah untuk membuat kerja lebih masa bagi membantu Pengarah menyelesaikan kertas kerja untuk dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.Beliau bekerja sehingga jam 12 tengahmalam. Kadar kelayakan elaun lebih masa Cik MAriam Bt Ayob ialah RM7.67 sejam.

5.       Tuntutan lebih masa yang layak dituntut oleh Cik Mariam Bt Ayob ialah:
                       
            A         5.25 jam siang dan 2.00 jam malam
            B         5.30 jam siang dan 2.00 jam malam
            C         4.00 jam siang dan 3.00 jam malam
            D         4.30 jam siang dan 2.50 jam malam
            E         5.00 jam siang dan 3.00 jam malam

6        Perkiraan elaun lebih masa yang layak diterima oleh Cik Mariam Bt Ayob ialah:
           
            A         (RM7.67 X 1.125 X 5.25) + ( RM7.67 X 1.25 X 2)
            B         (RM7.67 X 1.125 X  5.30) + ( RM7.67 X 1.25 X 2)
            C         (RM 7.67 X 1.25 X 4.30 ) + ( RM7.67 X 1.75 X 2.5 )
            D         (RM 7.67 X 1.25 X 5.25 ) + ( RM 7.67 X 1.5 X 2)
            E         (RM 7.67 X 1.5 X 5) + ( RM 7.67 x 1.75 x 3)


Encik Zamri B.Said seorang pegawai di Istana Budaya dalam kategori S27.Mulai 01.07.2003 beliau telah ditawarkan memangku jawatan yang lebih tinggi iaitu dalam kategori S32. Gaji beliau semasa S27 ialah RM2,190.58( P1T23). Manakala tanggagaji S32 adalah seperti berikut:

P1
T1
T2
T3
T4
T5
T6
T7
RM
1,935.27
2,013.92
2,092.57
2,171.22
2,249.87
2,328.52
2,407.17

P1
T8
T9
T10
T11
T12
T13
RM
2,485.82
2,564.47
2,643.12
2,721.77
2,800.42
2,879.07

Elaun Khidmat Awam                     :           RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan          :           RM135.00

Sepanjang tempoh bulan Julai 2003 jumlah jam lebih masa Encik Zamri B. Said adalah 100 jam pada hari bekerja.
  
7.       Berapakah jumlah Elaun Memangku S32 yang Encik Zamri B.Said patut terima ?

            A         RM59.29
            B         RM78.65
            C         RM216.59
            D         RM295.243
            E         RM373.89

8.       Tafsiran ‘Ibu Pejabat’ ialah tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya jika boleh dihubungi oleh jalanraya ialah:

            A         33 km
            B         27 km
            C         25 km
            D         23 km
            E         16 km

9.         Elaun gangguan dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah pada kadar:

A.     Setengah bulan gaji hakiki
B.     Satu bulan gaji hakiki
C.     Satu setengah bulan gaji hakiki
D.     Dua bulan gaji hakiki
E.     Dua setengah bulan gaji hakiki


10.         Diatas kecermerlangannya di dalam menjalankan tugas, Encik Yahaya bin Mamat, Penolong Akauntan Gred W27, berada di mata gaji P3 T26 (RM 2,727.82) telah ditawarkan untuk memangku jawatan Penolong Akauntan Gred W32 dengan tujuan untuk kenaikan pangkat. Beliau ditempatkan di Jabatan Penerangan Malaysia Sabah. Berikut adalah sebahagian daripada jadual gaji Penolong Akauntan Gred W32: -

T1
T2
-
T11
T12
T13
P1
1,932.85
2,011.05
-
2,719.35
2,798.00
2,876.65
P2
2,101.04
2,186.95
-
2,960.14
3,046.05
3,131.96

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993: “Peraturan Mengenai Pemangkuan dan Penanggungan Kerja”, berapakah jumlah elaun memangku yang layak diterima oleh Encik Yahaya bin Mamat?

A.   RM 70.18
B.   RM 78.65
C.   RM 85.91
D.   RM 626.78
E.   RM 794.97


Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.

No comments:

Post a Comment