Tuesday 30 October 2012

BITK 5


1.         Dr. Azizah binti Abdul Kadir merupakan seorang Doktor Gred U48 yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Beliau diarahkan menanggung kerja Dr. David Lim bagi gred yang sama kerana berkursus mulai 1.2.2004 hingga 15.7.2004. Berikut adalah maklumnt mengenai Dr. Azizah binti Abdul Kadir dan Dr. David Lim:

1.  Gaji Dr. Azizah binti Abdul Kadir adalah pada tangga P1 T5 RM 4,574.67
2.  Gaji Dr. David Lim adalah RM 5,115.54
3.  Gaji permulaan bagi jawatan yang ditanggung kerja adalah RM 3,853.51
Berapakah jumlah elaun tanggung kerja yang patut diterima oleh beliau dalam tempoh penanggungan tersebut

A.  RM 3,878.49
B.  RM 5,298.59
C. RM 6,289.97
D. RM 7,033.84
E.  RM 7,064.75

2.         Encik Yusof bin Osman, Pembantu Akauntan W22 berkhidmat di Jabatan Penerangan Malaysia Sabah, berada pada tangga gaji P2 T11, iaitu gaji yang diterima adalah sebanyak RM 2,422.90. Beliau telah dinaikkan pangkat secara lantikan (KPSL) ke jawatan Penolong Akauntan, Gred W27,  serta ditempatkan di Jabatan yang sama. Berikut adalah sebahagian daripada jadual gaji Penolong Akauntan Gred W27:-

T1
T2
-
T24
T25
T26
P1
967.27
1,020.51
-
2,268.02
2,346.67
2,425.32
P2
1,22.93
1,078.59
-
2,409.59
2,491.87
2,574.15
P3
1,81.01
1,139.09
-
2,556.00
2,641.91
2,727.82

Maklumat tambahan

Tangga gaji P2 T10 bagi Pembantu Akauntan Gred W22 adalah RM 2,336.99

Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2003: Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Di Bawah Sistem Saraan Malaysia, tentukan gaji yang layak ditawarkan kepada Encik Yusof bin Osman.

A.   P1 T26              RM 2,425.32
B.   P2 T25              RM 2,491.87
C.   P3 T24              RM 2,556.00
D.   P2 T26              RM 2,574.15
E.   P3 T25              RM 2,641.91

Soalan  3 dan 4 adalah berkaitan dengan keterangan berikut:

Encik Zaini bin Ujang adalah Akauntan W41 menanggung kerja Akauntan W48. Beliau bercadang membuat pinjaman kenderaan. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan  Bil. 8 Tahun 1993 di antara syarat yang melayakkan seseorang pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah jumlah potongan bulanan tidak melebihi 60% dari jumlah pendapatan.

Berikut adalah maklumat gaji terkini beliau:

PENDAPATAN
RM
POTONGAN
RM
Gaji Kakitangan Awam
2,678.6
Cukai Pendapatan
100.00
Elaun Tanggung Kerja
1,136.19
Angkasa
423.87
Elaun Khidmat Awam
170.00
Tabung Haji
200.00
Imbuhan Tetap Perumahan
165.00
MNI
100.00
Bayaran Saguhati Khas
150.00
PPZ
112.00


3.         Berdasarkan maklumat diatas berapakah jumlah had maksima potongan bulanan bagi membolehkan pinjaman tersebut diluluskan ?

A.     RM 1,808.16
B.     RM 1,898.16
C.     RM 2,288.87
D.     RM 2,489.87
E.     RM 2,579.87

4.         Sekiranya potongan  pinjaman kenderaan beliau

A.     RM 1,308.16
B.     RM 1,408.16
C.     RM 1,508.16
D.     RM 1,608.16
E.     RM 1,708.16


5.         Seorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Miri, Sarawak dan bertugas di Kuching, Sarawak telah diberi kelulusan untuk cuti bergaji penuh bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak. Elaun-elaun emolumen yang layak diterimanya adalah:

                              I.    Bayaran Insentif Wilayah
                            II.    Elaun Perumahan Wilayah
                           III.    Imbuhan Tetap Perumahan
                          IV.    Imbuhan Tetap Khidmat Awam

A.     I dan II sahaja
B.     I , II dan IV sahaja
C.     III dan IV sahaja
D.     IV sahaja
E.     Semua diatas


6.         Apakah syarat-syarat yang membolehkan lebih masa dibayar?

     I.        Kerja-kerja kecemasan
   II.        Kerja yang penting sehinggakan tidak boleh ditunda kepada keesokan
harinya
  III.        Kerja-kerja yang dikehendaki dilakukan oleh pegawai melebihi daripada bidang tugas
 IV.        Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad

A.     I sahaja
B.     I dan II sahaja
C.     I,II dan III sahaja
D.     I, II dan IV sahaja
E.     Semua diatas


7.         Pada bulan Januari 2004, Puan Saadiah binti Safiee, Pembantu Tadbir N17 telah diarahkan oleh Ketua Jabatan beliau untuk melakukan kerja lebih masa memandangkan Jabatan beliau sedang membuat persediaan bagi persidangan bergaraf antarabangsa. Disamping menjalankan tugas beliau, beliau juga menanggung kerja seorang Pembantu Tadbir yang lain yang sedang cuti bersalin. Gaji pokok Puan Saadiah adalah RM 1,095.53 manakala gaji permulaan jawatan yang ditanggung adalah RM 656.30. Jadual berikut merupakan masa kerja lebih masa beliau bagi bulan berkenaan. Berapakah jumlah tuntutan lebih masa Puan Saadiah bagi bulan Januari 2004?

Tarikh
Masa Kerja Lebih Masa
Jumlah (Jam)
06.01.04 (Selasa)
4.45ptg – 8.45mlm
4
13.01.04 (Selasa)
4.45ptg – 9.45mlm
5
15.01.04 (Khamis)
4.45ptg – 10.45mlm
6
16.01.04 (Jumaat)
4.45ptg – 9.45mlm
5
18.01.04 (Ahad)
10.00pg – 2.00ptg
4
19.01.04 (Isnin)
4.45ptg – 12.45mlm
8
20.01.04(Selasa)
4.45ptg – 11.45mlm
7
21.04.04(Rabu)
4.45ptg – 12.45mlm
8
Jumlah

A.     RM 183.09
B.     RM 189.66
C.     RM 226.51
D.     RM 277.59
E.     RM 285.47

  
8.         Encik Azim bin Jamaludin seorang Penolong Akauntan Gered W32 di Jabatan Akauntan Negara Putrajaya mengikut kursus perolehan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara mulai 5 hingga 8 April 2004. Berikut adalah data-data berkaitan En. Azim dan kursus tersebut:

Beliau menetap di Seksyen 8, Shah Alam
Beliau bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi setiap hari dan pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang.
Jarak daripada Bukit Kiara ke Putrajaya adalah 50km dengan bayaran tol sebanyak RM 3.00
Jarak daripada Shah Alam ke Bukit Kiara adalah 30km manakala bayaran tol adalah RM 1.00
Beliau layak menuntut elaun perjalanan kenderaan bagi kelas A iaitu sebayak 60 sen/km
Kursus bermula pada pukul 9.00 pagi

Berapakah elaun perjalanan kenderaan yang layak beliau tuntut?

A.   RM 38.00
B.   RM 66.00
C.   RM 118.00
D.   RM  152.00
E.   RM 264.00


Encik Salatulakmar Mohd Nazir, seorang Ketua Akauntan (W48) di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya telah diarah bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kuching, Sarawak mulai 1 April 2004. Beliau telah melaksanakan pertukaran tersebut pada 31 Mac 2004 bersama seorang isteri dan tiga (3) orang anaknya yang berumur di bawah 12 tahun. Tambang perjalanan serta tambang pengangkutan berang telah dibiayai oleh Kementerian. Beliau telah menginap di Hotel Hilton Kuching. Berikut adalah maklumat tambahan mengenai beliau:

Elaun
Semenanjung (RM)
Sabah / Sarawak (RM)
Elaun Makan
60.00
80.00
Elaun Lojing
60.00
70.00
Bayaran Sewa Hotel
180.00
200.00

  
9.         Apakah elaun yang layak dituntut oleh Encik Salatulkamar?

I.            Elaun makan
II.            Elaun lojing
III.           Elaun lebih masa
IV.          Bayaran sewa hotel
V.           Bayaran dobi

A.     I dan II sahaja
B.     I, II dan III sahaja
C.     I, II dan IV sahaja
D.     I, II dan V sahaja
E.     I, II, IV dan V sahaja


10.         Gandaan bayaran yang berkaitan dengan elaun lebih masa yang dinyatakan di bawah  adalah berkaitan dengan kerja siang kecuali

A.     1 1/8
B.     1 ¼
C.     1 ½
D.     1 ¾


Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.

No comments:

Post a Comment