Tuesday 30 October 2012

BITK 7


1.         Puan Zaitun seorang pengawai tetap telah menanggung kerja salah seorang pengawai di pejabatnya bagi tempoh 15 Januari , 2005 hingga 31 Mac 2005. Walau bagaimanapun, beliau telah mnerima ealun menanggung kerja bagi tempoh sehingga 30 Oktober 2005. Puan Zaitun telah membayar amaun terlebih bayar pada 3 Januari 2006. Amaun ini hendaklah dikreditkan ke:


A.     Akaun Amanah Disatukan
B.     Hasil Terimaan Pelbagai
C.     Vot perbelanjaan yang berkenaan
D.     Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri


2.              Puan Fatimah, Penolong Akauntan W27 di Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya telah ditawarkan berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN), Bukit Kiara mulai 6 Febuari 2006 hingga 10 Febuari 2006. Beliau menetap di Subang Jaya. Berikut adalah maklumat tambahan yang berkaitan:

Jarak dari Putrajaya ke INTAN                  :           45km sehala
Tol                                                                   :           RM3.60 pergi dan balik
Jarak dari Subang Jaya ke INTAN                       :           26 km sehala
Tol                                                                   :           RM5.20 pergi dan balik
Kelayakan tuntutan- Kelas B                                :           RM0.60 satu km

Berapakah elaun perjalanan kenderaan yang layak beliau tuntut bagi menghadiri kursus tersebut?

A.     RM  36.40 (jika Pn. Fatimah bermalam di tempat yang INTAN sediakan)
B.     RM  57.60
C.     RM 182.00 (jika Pn. Fatimah berulang-alik selama 5 hari tersebut)
D.     RM  288.00

** soalan ini tidak pasti samaada Pn Fatimah bermalam atau berulang alik selama 5 hari tersebut. 

3.         Tafsiran “Ibu Pejabat” ialah tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya jika boleh dihubungi oleh jalanraya ialah :

A.     23 km
B.     25 km
C.     27 km
D.     33 km


4.         Seorang kakitangan kerajaan yang berasal dari Miri, Sarawak dan bertugas di Kucing, Sarawak telah diberi kelulusan untuk cuti bergaji penuh bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak.  Elaun-elaun emolument yang layak diterimanya semasa cuti belajar adalah :

                            I.    Bayaran Insentig Wilayah
                           II.    Elaun Perumahan Wilayah
                         III.    Imbuhan Tetap Perumahan
                        IV.    Imbuhan Tetap Khidmat Awam

     A   I dan II sahaja
       B  I, II dan IV sahaja
       C  I, III dan IV sahaja
                   D  III dan IV sahaja


Soalan 5 dan 6 adalah berdasarkan kes di bawah:


Cik Mariam ialah seorang Penolong Akauntan Gred W27 di Jabatan Pemegang  Harta dan waktu bekerja beliau adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.  Pada 25 April, 2007 (Rabu) beliau diarahkan untuk membuat kerja lebih masa bagi membantu Pengarah menyelesaikan kertas kerja untuk dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.  Beliau telah bekerja sehingga jam 12.00 tengah malam.  Kadar kelayakan elaun lebih masa Cik Mariam ialah sebanyak RM7.67 jam.  Kadar gandaan elaun lebih masa adalah seperti berikut :
Hari Bekerja Biasa

                  Kerja Siang                           1 1/8

                  Kerja Malam                           1 ¼

5.         Tuntutan lebih masa yang layak dituntut oleh Cik Mariam ialah :

A.     1 jam siang dan 6 jam malam
B.     3 jam siang dan 4 jam malam
C.     5 jam siang dan 2 jam malam
D.     7 jam siang


6.         Elaun lebih masa yang layak diterima oleh Cik Mariam ialah :

A.     RM60.40
B.     RM62.32
C.     RM64.24
D.     RM66.15


Soalan 7 dan 8 adalah berdasarkan kes dibawah :

Encik Ali, Akauntan Gred W41 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya telah diarahkan untuk memberi bantuan kepada Bendahari Negeri Kedah di Alor Setar dalam pelaksanaan Sistem SPEKS pada 8 – 9 Mac 2007.  Beliau telah bertolak dari pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kenderaan sendiri pada 7 Mac 2007 jam 3.00 petang dan smapai di Alor Setar pada jam 8.30 malam.  Beliau bertolak balik ke Putrajaya pada 9 Mac 2007 jam 5.30 petang dan sampai ke rumah pada jam 11.30 malam.  Semasa di Kedah, beliau telah menginap di rumah kakaknya di Alor Setar.  Berikut adalah maklumat tambahan mengenai Encik Ali.


Gaji                                                                           RM2,482.58
Elaun Lojing                                                             RM55.00
Elaun Makan                                                            RM45.00
Tambang kapal terbang                                         RM418.00 (pergi/balik)
Jarak putrajaya – Alor Setar                                  420km

7.         Apakah elaun yang layak dituntut oleh En. Ali sepanjang tempoh bertugas rasmi beliau ?

I                 Elaun lojing
II                Elaun makan
III               Elaun harian
IV              Tambang gentian kapal terbang

A.     I dan IV sahaja
B.     I, II dan III sahaja
C.     I, II dan IV sahaja
D.     I, II, III dan IV


8.         Berapakah jumlah tuntutan yang layak dituntut oleh beliau ?

A.     RM528.00
B.     RM222.50
C.     RM618.00
D.     RM640.50


9.         Pernyataan yang manakah adalah tidak benar mengenai prinsip dan peratutan penanggungan kerja.

A.     Penanggungan kerja adalah dibenarkan bagi sesuatu jawatan yang tugasnya dijalankan secara giliran(syif)

B.     Seorang pegawai yang sedang memangku sesuatu jawatan boleh diperakukan untuk penanggungan kerja satu jawatan yang lain

C.     Penanggungan kerja jawatan yang berada di lokasi yang jaraknya melebihi 25 km dari pejabat tempat bertugas adalah tidak dibenarkan

D.     Jawatan yang ditanggung kerja boleh diperakukan bagi jawatan yang lebih rendah tarafnya daripada taraf hakiki jawatan pegawai yang diperakukan
                 
10.         Berikut adalah sebahagian jenis-jenis elaun dan kemudahan yang diterima oleh penjawat awam :
I.      Elaun lojing
II.    Bayaran pakaian istiadat
III.   Tambang penempatan lantikan pertama
IV.  Elaun makan semasa menjalankan tugas rasmi

Elaun dan kemudahan yang manakah merupakan jenis bayaran gantian (reimburse) yang diterima oleh penjawat awam ?

A.     I dan II sahaja
B.     I, II, dan IV sahaja
C.     II dan III sahaja
D.     I, II, III dan IV


Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.

No comments:

Post a Comment