Tuesday 30 October 2012

BITK 6


Encik Aminuddin bin Ahmad adalah seorang Penolong Akauntan Gred W27, di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.  Beliau telah diarahkan menanggung kerja Puan Rokiah binti Samad seorang Penolong Akauntan Gred W32 di jabatan yang sama yan cuti bersalin selama 60 hari mulai 01.03.2005 hingga 29.04.2005.  Dalam tempoh tersebut Encik Aminuddin telah mengambil cuti kecemasan selama 7 hari iaitu 3 hari dalam bulan Mac 2005 dan 4 hari dalam bulan April 2005.  Gaji permulaan bagi Penolong Akauntan Gred W32 ialah RM1,932.85 (P1T1)

1.         Berapa harikah Encik Aminuddin layak dibayar elun penanggungan kerja ?

A.     53 hari
B.     56 hari
C.     57 hari
D.     60 hari

2.         Berdasarkan formula (1/4 x RM 1,932.85) Encik Aminuddin layak menerima elaun tanggungkerja sebanyak RM 483.21 sebulan. Berapakah jumlah elaun tanggungkerja yang layak dibayar kepada Encik Aminuddin?


A.   RM 901.99
B.   RM 918.09
C.   RM 950.31
D.   RM 966.42

3.         Encik Harun Bin Osman seorang Pembantu Tadbir N17 di Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan telah diluluskan cuti sakit selama 30 hari mulai 25.10.2004 sehingga 23.11.2004. Oleh kerana cuti rehatnya telah habis dia telah menyambung cutinya dengan mengambil cuti tanpa gaji mulai 24.11.2004 sehinggan 3.12.2004. Kerajaan telah menyistiharkan bonus sebulan gaji bagi mereka yang berkhidmat penuh dalam tahun tersebut. Berapa bulan perkhidmatan pengiraan bonus bagi Encik Harun bin Osman?

A.     9 bulan
B.     10 bulan
C.     11 bulan
D.     12 bulan

4.              Puan Zainab , Akauntan Gred W41 ( gaji pokok RM 2,000.00 sebulan ) berkhidmat di Kementerian Penerangan telah memberi ceramah mengenai pengurusan Pembayran anjuran Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara selama 6 jam pada 5 Jun 2005.

Berapakah jumlah elaun penceramah yang boleh diterima oleh Puan Zainab bagi bulan Jun 2005 ?

A.   RM 500.00
B.   RM 600.00
C.   RM 1,000.00
D.   RM 1,200.00

5.              Puan Sarah menjalankan tugas rasmi diluar pejabat pada 30 Mei sehingga 5 Jun dengan  menggunakan kenderaan sendiri. Tuntutan perjalanan pergi dan balik hendaklan sebagai perjalanan bagi bulan.

A.     April
B.     Mei
C.     Jun
D.     Mei dan Jun


6.         Syarat-syarat pemangkuan adalah seperti berikut:

I.      dalam skim perkhidmatan yang sama
II.    memangku jawatan yang sama grednya
III.   memangku jawatan yang lebih tinggi grednya
IV.  menjalankan tugas jawatan yang dipangku secara sepenuh masa

A.   I, III dan IV sahaja
B.   I dan IV sahaja
C.   II dan IV sahaja
D.   I, II, III dan IV

  
7.         Puteri Azleeta adalah seorang Akauntan di Jabatan Pelajaran Melaka, diarahkan menghadiri kursus di sebuah hotel di Kuala Lumpur selama 4 hari. Sepanjang kursus tersebut makan pagi dan makam tengahari disediakan oleh penganjur kursus. Beliau telah bertolak dari pejabat pada jam 2.00 petang  pada 28 Mac, 2006 dan kembali semula pada 6.30 petang pada jam 2.00 petang pada 28 Mac, 2006 dan kembali semula pada 6.30 petang pada 1 April, 2006. Sepanjang kursus tersebut juga beliau telah menginap dirumah kakaknya di sekitar Kuala Lumpur. Apakah elaun-elaun yang layak dituntut oleh beliau?


I.     Bayaran dobi
II.    Elaun makan
III.  Elaun Lojing
IV. Elaun perjalanan kenderaan

A.   I sahaja
B.   I dan II sahaja
C.   II dan III sahaja
D.   Semua diatas

8.         Bayaran kerja lebih masa layak dibayar kepada tugas-tugas yang melibatkan perkara-perkara berikut:

I.      Kerja-kerja kecemasan
II.    Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam masa yang terhad
III.   Kerja- kerja yang perlu dibuat oleh seseorang anggota melebihi daripada bidang tugas biasa.
IV.  Kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan segera dan tidak boleh ditangguhkan pada hari yang berikut:

A.   I sahaja
B.   I dan II sahaja
C.   II dan III sahaja
D.   Semua diatas

  
9.         Puan Laili telah menjalan tugas rasmi di luar pejabat bagi tempoh melebihi 3 bulan tetapi kurang daripada 6 bulan. Nyatakan ealun yang boleh dituntut oleh Puan Laili?

I.      Elaun makan
II.    Elaun harian
III.    Elaun sewa hotel
 IV Elaun gantian tetap

A.   I sahaja
B.   I dan II sahaja
C.   I, II dan III sahaja
D.   IV sahaja

10.         Encik Johan bertugas diluar pejabat selama 2 hari dan layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut kecuali:

A.   Belanja dobi yang disokong oleh resit
B.   Bayaran telefon, telegram, pos dan faks ats urusan rasmi
C.   Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit
D.   Bayaran excess baggage untuk barang rasmi yang disokong dengan resit


Nota: Jawapan yang diberikan adala hasil perbincangan antara ahli kumpulan di tempat kerja. Sekiranya sesiapa mendapati ada jawapan yang lebih tepat, maklumkan kepada saya agar kita dapat mempertingkatkan kualiti semua pembantu akauntan.

1 comment:

  1. nak tanya, soalan no 2. jawapan dia c sbb ikut perkiraan saya anggota tanggung kerja mulai 01.03.2005 sehingga 29.04.2005. Memang aminuddin bekerja 60 hari tapi ikut pengiraan Mac = 31 hari maka sebulan RM 483.21. Manakala bulan April = 29 hari kena kira bilangan hari = RM 467.10. Betulkan kalau saya salah.. tq

    ReplyDelete